Thursday, 12 May 2016

Sains Tahun 6 - Mikroorganisma




Mengenal Pasti Jenis Mikroorganisma

Berikut adalah gambar jenis-jenis mikroorganisma yang dilihat melalui pemerhatian menerusi pelbagai media.

BAKTERIA


VIRUS


ALGA


PROTOZOA


FUNGI



Berikut adalah dua contoh bagi setiap jenis mikroorganisma yang dinyatakan.

Bakteria
  • Bacillus
  • Streptococcus

Virus
  • HIV
  • Virus influenza

Alga
  • Spirogyra
  • Fitoplankton

Protozoa
  • Paramecium
  • Amoeba

Fungi
  • Mukor
  • Yis

Friday, 6 May 2016

English Tahun 6 - English proverbs




What are proverbs?

Every culture has a collection of wise sayings that offer advice about how to live your life. These sayings are called "proverbs".

How can you use proverbs to learn English?

It's good to know the really common English proverbs because you hear them come up in conversation all the time. Sometimes people say the entire proverb to give advice to a friend. More often, someone will say just part of a proverb like this:
You know what they say: when the going gets tough...





The most important English Proverbs

This is a list of some of the most important and well-known English proverbs. Below each one, there's a simple explanation.
The meanings of some of these phrases have shifted over the years, so a proverb might have originally had a different meaning than the one I explain.
God couldn't be everywhere, so he created mothers
» More quotes on Mothers
    A man should choose a friend who is better than himself. There are plenty of acquaintances in the world; but very few real friends.
    » More quotes on Friendship
      Be not afraid of going slowly, be afraid only of standing still.
      » More quotes on Progress
        If you want happiness for an hour -- take a nap. If you want happiness for a day -- go fishing. If you want happiness for a month -- get married. If you want happiness for a year -- inherit a fortune. If you want happiness for a lifetime -- help someone else.
        » More quotes on Happiness
          Do not confine your children to your own learning, for they were born in another time.
          » More quotes on Children


          THANK YOU . 

          Thursday, 5 May 2016

          Matematik (tahun 6) - nombor perdana :D

           

          Nombor perdana (prime number) adalah nombor bulat yang hanya boleh dibahagikan dengan dirinya sendiri dan nombor 1 (the number itself and number 1). Oleh itu, nombor perdana mempunyai hanya dua pembahagi (nombor itu sendiri dan nombor 1).

          Nombor perdana terkecil ialah nombor 2, satu-satunya nombor genap yang merupakan nombor perdana.

          Nombor perdana yang kurang daripada 50 adalah 2, 3, 5, 7, 11, 13, 17, 19, 23, 29, 31, 37, 41, 43 dan 47.
           
           Dalam matematik, nombor perdana adalah nombor asli yang lebih besar daripada 1, yang faktor pembahaginya cuma 1 dan bilangan itu sendiri. Sebagai contoh, 2 dan 3 adalah nombor perdana. 4 bukan nombor perdana kerana
            4 boleh dibahagi 2. Sepuluh nombor perdana yang pertama ialah 2, 3, 5, 7, 11, 13, 17, 19, 23 dan 29.
           

          Bahasa Malaysia Tahun 6 -Kata Penguat

          Kata Penguat


          1)    Kata penguat ialah kata tugas yang menguatkan maksud kata adjektif. Ia hadir sebelum atau selepas kata adjektif.

          2)   Perhatikan ayat-ayat di bawah. Perkataan yang bergaris ialah kata penguat dan kata adjektif pula dicetak tebal.
          a)    Kasut joging itu terlalu mahal.
          b)   Buku cerita kanak-kanak ini agak baru.
          c)    Jalan kecil itu ialah jalan yang paling dekat ke sekolah saya.
          d)   Hari ini panas sekali.
          e)   Suara penyanyi itu merdu nian.
          f)    Air sirap ini manis benar.
          g)   Zaki amat fasih berbahasa Inggeris.
          h)   Sekolah kami sangat dekat dengan perhentian bas.
          i)     Ayah bangga sungguh dengan keputusan ujian saya.

          3)   Kata penguat terbahagi kepada tiga jenis, iaitu penguat hadapan, penguat belakang, dan penguat bebas. Lihat jadual di bawah.
          Jenis Kata Penguat
          Contoh
          Penguat hadapan
          Paling; terlalu; agak
          Penguat belakang
          Sekali; benar; nian; betul
          Penguat bebas
          Amat; sangat; sungguh


          Sains Tahun 6 - kelajuan

          APA ITU KELAJUAN ?
          1.    Kelajuan ialah kepantasan sesuatu objek bergerak dari satu tempat ketempat lain..
               2. Hanya objek yang bergerak mempunyai kelajuan. Objek pegun    
                    mempunyai kelajuan sifar.
               3. Sesuatu objek itu dikatakan laju jika;
               i. objek itu bergerak lebih jauh dalam masa yang ditetapkan.
               ii. objek itu mengambil masa yang lebih singkat untuk bergerak    
                   dalam suatu jarak yang ditetapkan.