Nombor perdana (prime number) adalah
nombor bulat yang hanya boleh dibahagikan dengan dirinya sendiri dan
nombor 1 (the number itself and number 1). Oleh itu, nombor
perdana mempunyai hanya dua pembahagi (nombor itu sendiri dan nombor 1).
Nombor perdana terkecil ialah nombor 2, satu-satunya nombor genap yang merupakan nombor perdana.
Nombor perdana yang kurang daripada 50 adalah 2, 3, 5, 7, 11, 13, 17, 19, 23, 29, 31, 37, 41, 43 dan 47.
Dalam matematik, nombor perdana adalah nombor asli yang lebih besar daripada 1, yang faktor pembahaginya cuma 1 dan bilangan itu sendiri. Sebagai contoh, 2 dan 3
adalah nombor perdana. 4 bukan nombor perdana kerana
4 boleh dibahagi
2. Sepuluh nombor perdana yang pertama ialah 2, 3, 5, 7, 11, 13, 17, 19,
23 dan 29.
No comments:
Post a Comment